Monday 12 December 2011

Aktiviti Jual Beli yang Melibatkan Wang...

Contoh aktiviti jual beli dalam kehidupan sebenar...

Contoh Lembaran Kerja...


Lembaran Kerja

Nama: ..........................................................                         Kelas: ..............................

Jawab soalan-soalan di bawah.


1) 45 sen + 35 sen =







2) RM26 + RM 18 =

3) RM35.70 + RM10.60 =







4) 100 sen + 45 sen =

5) 80 sen + 40 sen =







6) RM4 + RM7.50 =

7) RM10.50 + 40 sen







8) 60 sen + RM2.20 =

Wang yang digunakan di Malaysia...

Contoh Wang Kertas...






Contoh Wang Syiling...


Santai...

Hehehe...

Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Matapelajaran           : Matematik Tahun 2
Topik                          : Wang sehingga RM 50
Sub topik                    : Penambahan wang sehingga RM 50
Masa                           : 30 minit

Objektif pembelajaran:                                                                                            
Menggunakan dan mengaplikasi pengetahuan tentang wang di dalam kehidupan sebenar.

Hasil pembelajaran:                                                                                                    
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1.      Menambah wang sehingga RM 50.
2.      Menambah wang yang melibatkan unit sen sahaja.
3.      Menambah wang yang melibatkan unit RM sahaja.
4.      Menambah wang yang melibatkan unit RM dan sen.

Pengatahuan sedia ada:                                                                                             
Murid telah mempelajari operasi penambahan nombor bulat sebelum ini. Murid juga biasa membeli beberapa barangan dalam satu masa dan mengira jumlah harga yang perlu dibayar.

Bahan bantu mengajar: 
      Bahan maujud beserta harga (beg, bekas pensel dan sebagainya), model wang dan buku teks.


Kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Set induksi:   

1.      Guru menunjukkan dua barang yang baru dibeli dan terdapat tanda harga padanya.
2.      Guru bertanya kepada murid berapa jumlah wang yang telah dibayar dan bagaimana mendapatkan jawapannya.
3.      Murid menjawab dan menyatakan harga wang tersebut perlu ditambah berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

Langkah 1:

1.      Guru menunjukkan dua bahan maujud beserta dengan harganya dan meminta murid menyatakan jumlahnya.
2.      Murid menjawab soalan dengan menambah dalam bentuk lazim.
3.  Guru memperkukuhkan kefahaman murid dengan menerangkan dan menunjukkan cara menambah wang dengan lebih terperinci.

Langkah 2:

1.      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid .
2.      Murid menjawab lembaran kerja sambil guru membimbing murid yang lemah.
3.      Guru berbincang dengan murid mengenai jawapan lembaran kerja tersebut.

Refleksi/penutup:

1.   Guru merumuskan bahawa operasi penambahan wang adalah sama dengan penambahan nombor bulat, kecuali yang mempunyai unit RM dan sen.
2.    Aktiviti pengukuhan, guru memberi latihan sebagai kerja rumah kepada murid yang menggunakan buku teks.

Pentaksiran:

1.      Lembaran kerja
2.      Kerja rumah.

Salah Satu Set Induksi Menarik Berkaitan Tajuk Wang....



Boleh mengajak murid menyanyi bersama...

Matematik Sekolah Rendah Tahun 2

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 2
Topik: Penambahan Wang sehingga RM50


Pembelajaran sudah bermula...

Tuesday 6 December 2011

Pengetahuan Am...

Sejarah Matematik

Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, máthema, yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran" dan mathematikós yang bermaksud "suka belajar". Istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu iaitu pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan tukaran.

Sementara hampir semua kebudayaan menggunakan matematik asas (mengira dan mengukur), pengembangan matematik baru telah dilaporkan dalam beberapa kebudayaan dan zaman. Ini adalah sebelum zaman moden iaitu zaman perluasan ilmu di merata-rata dunia. Contoh-contoh tulisan pengembangan matematik baru mengancam kegemilangan sebahagian orang tempatan. Kebanyakan teks matematik kuno yang dapat diperolehi datang dari Mesir purba di Kerajaan Tengah sekitar 1300-1200 SM (Berlin 6619), Mesopotamia sekitar 1800 SM (Plimpton 322), dan India kuno sekitar 800-500 SM (Sulba Sutras). Semua teks tersebut dikatakan berkaitan dengan Teorem Pythagoras, iaitu pengembangan matematik terawal dan tersebar selepas aritmetik dan geometri asas. Bukti pertama tentang aktiviti matematik di China dapat ditemui pada simbol berangka pada tulang keramat, yang bertarikh kira-kira 1300 SM. Sementara itu, Dinasti Han pada zaman China Kuno menyumbangkan Buku Panduan Pulau Laut dan Sembilan Bab Mengenai Seni Matematik dari abad ke-2 SM sehingga abad ke-2 M. Yunani dan kebudayaan keyunanian Mesir, di Mesopotamia dan bandar Syracuse menambahkan dan mengembangkan lagi ilmu matematik. Matematik Jainisme memberikan sumbangan abad ke-4 SM sehingga abad ke-2 Masihi. Kemudian, ahli matematik Hindu dari abad ke 5 Masihi dan ahli matematik Islam dari abad ke-9 Masihi telah meneruskan penyumbangan yang banyak pada matematik.

Satu ciri  menarik mengenai sejarah matematik kuno dengan Zaman Pertengahan adalah pengembangan lanjut matematik yang sentiasa bertambah yang pesat mengikut abad. Mulanya pada Zaman Pertengahan, di Itali pada abad ke-16, pengembangan matematik baru, berinteraksi dengan penemuan saintifik baru, telah dilakukan pada tahap yang sentiasa bertambah, dan bersambungan hingga ke hari ini.







Pembuka Bicara...

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan

Banyak yang kita boleh bicarakan tentang matematik. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ilmu yang penting ini adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Boleh dikatakan setiap urusan dalam kehidupan kita melibatkan penggunaan matematik. Jadi, Tugasan Pembangunan Blog (KRT3013) memberikan ruang kepada saya untuk menghasilkan sebuah laman blog matematik untuk sekolah rendah. Semoga blog ini dapat memberikan bantuan dan maklumat kepada sesiapa yang memerlukan...